Fuh lega exam aku dah habis... Alhamdulillah... Tinggal tunggu result je... Pada kawan baru yana tq bagim pinjamkan kain sembahyang... harap-harap kita sama2 akan berjaya... Tapi On The Way pagi tadi x sangka lak jem jalan masuk... peh ramai giler yang nak ambik exam sama ngan aku... Nasib baik aku kuar awal....Pada awalnya dalam hati aku macam berat je nak pergi tapi bila pikir balik banyak harapan orang disekeliling aku... so tak mau menghampakan mereka aku pergi juga dengan semangatnya....
Parking kete punya la jauh, dah la pagi ni hujan.. adoiiiii terpaksa menapak untuk ke dewan A. Sampai kat Dewan peh ramainya hamba Allah..... Bila jam dah menunjukkan kul 9 pagi, calon-alan masih lagi tidak masuk dewan lagi... Bila di pikir semula macam tak faham lak aku, dah biasa buat exam tapi pengurusan tetap lambat.... huhuhuhu... ntah la... ada kesilapan teknikal kot... terpaksa delay exam ke kul 9.40 pagi... bila dah mula lambat, akibatnya waktu makan kami dah berkurangan 30 minit... jawabnya terpaksalah menahan perut yang dah menyanyi lagu rock.. aku pagi pun makan karipap ngan cucur badak je...
-The Only ONE-
Saturday, April 10, 2010
Friday, April 9, 2010
Exam
Salam... dah lama aku tak tulis dalam blog aku... Masa yang terhad, badan dah terlalu penat.. apa lagi balik keja tido je la... kekadang tak makan pun... tido lagi best sbb setiap masa tu adalah amat berharga....
Esok aku ada exam tuk jwtn 41. ishhhh mm mana la kan.. aku dah lama x exam ni... last aku exam pun tah tahun bila.. aku sendiri pun x ingat.. bila dah kerja, asyik buat kursus dan exam tuk orang je.... huhuhuhu..
Doakan aku berjaya ye kawan2.... apa yang aku nak jawab aku pun x tau... nak study x sempat. kat opis terlalu bz sampaikan makan pun x menentu... hari ni lunch kul 3.30. huh... dasat tul apa boleh buat ada kerja urgent yang nak kena buat, satu bahagian kelam kabut. Bila Dato' dah turun, alamat semua terdiam daripada riuh2 tadi.... Fuh lega bila dah siap..
Exam oh exam... kenapalah kena ambik exam lak sekarang ni... adoiiiiiiiiii.... poning ooooooooooo.... Tembak je la... tak pun yang objekif tu aku baling dadu... hahahaha.. teringat zaman sekolah dulu-dulu, bila nak exam sampai sanggup tak tido malam... bekerja keras la konon.. tapi apa pun x boleh. tu la suka sangat study last minit...
Aku rindu zaman-zaman sekolah dulu... 2 all my friend, nanti bila masing-masing free kita berjumpa dan kumpul semula semuanya...
Adios amigos...
-The Only ONE-
Friday, April 2, 2010
Nilai Kehidupan
Salam.... Malam ni aku ingin berkongsi cerita dengan semua kawan-kawan.. Nilai kehidupan, nilai nyawa yang tiada nilainya... Aku baru balik dari Hospital sultanah Aminah, Johor Bharu melawat Kamal di masukkan ke wad icu hospital tersebut. Bayangkan Isnin baru aku jumpa, tup2 rabu(31 Mac 2010) dia dah terlantar koma di ICU disebabkan kelalaian dan ketidak disiplinnya orang kita ketika memandu. Kelalaian tersebut telah mengakibatkan Kamal koma sehingga sekarang. Bila dah berlaku mcm ni, nyawa orang lain terancam, diri sendiri susah terpaksa menghadap muka pengadilan, tak pasal-pasal duit melayang dan silap hari bulan masuk ke penjara....
Ingatlah kawan-kawan, nyawa tidak boleh di ganti dengan wang ringgit, bayangkan la jika perkara yang sama terjadi pada ahli keluarga kita, apa yang kita rasa. Oleh itu ikutilah undang-undang jalanraya demi menjaga kesalamatan dan nyawa semua orang... dan ingatlah orang tersayang apabila nak buat sesuatu...
-The Only ONE-
Wednesday, March 31, 2010
RINDU
Bila malam telah melewati pagi, aku tetiba je rasa rindu... Rindu yang teramat sangat-sangat.....
Rindu pada mak dan ayah, maafkan anak mu ini yang dah lama x balik... x dapat p bercuti bersama kerana batasan kerja sekarang... Walaupun kita tidak serapat mana tapi kasih sayang yang mak dan ayah curahkan padaku tetap diingati sampai ke akhir hayatku ini... takkan dapat kubalas sampai bila-bila jasamu membesarkan aku sehingga menjadi orang berguna sekarang...
Rindu pada sahabat-sahabatku Khu, lin, Ar yang semakin jauh dan berpecah..Rindukan kemesraan mereka dahulu tapi kemesraan itu semakin hilang dari hari ke sehari.... adakah sebab sibuk kerja atau study?????????? kenapa semua itu terjadi?????????? kenapa kita tidak boleh seperti dulu... kenapa?????????? hati aku luluh, kecewa, hancur bila sahabat susah senang, perit perih, rahsiamu rahsiaku.. tapi akhirnyer berpisah, berpecah disebabkan kesilapan kita sendiri yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik.. disebabkan komunikasi, keegoan, kesilapan sendiri, tiada kepercayaan walaupun sudah lama bersama... Ya Allah kau ampunkan lah dosaku dan sahabat-sahabat ku... Kau satukan lah kami semula..
Rindu pada Team Futsal aku... Adakah keakraban kita akan berulang semula???? Susah senang kita hadapi bersama sehinggalah kita berjaya menjlang kejuaraan dan membawa naik nama Jabatan kita... Keperitan yang dihadapi akhirnya berbaloi.....
Rindu pada Insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku.... Maaf ku pinta sepajang kita berkenalan, aku ada membuat salah silap dengan sengaja atau pun tidak sengaja.... aku hanya manusia biasa.. terlalu banyak kelemahan dan membuat kesilapan pada kalian semua... Buat Along, Adeq mohon ribuan keampunan tidak dapat bersama-sama disaat along memerlukan seseorang bila menghadapi kesusahan dan masalah.. maafkan adeq abaikan along...
Rindu pada adik beradik ku. Buat adik beradik ku, k.ini, iji dan adik, kita ni nama je duduk dekat sekitar KL tapi kita cukup payah untuk berkumpul bersama.. Buat Along, Ateh dan k.yah yang dekat lagikan payah berjumpa inikan pula kalian yang berada di Johor dan Pahang. Apapun doa aku sentiasa mengiringi kehidupan kalian..
Rindu pada anak- anakku nana dan haikal dan anak buah ku, Alif, Wan, Man (anak k.ini), Asyraf, Naufal dan Zafran (anak k.yah), hanya kalian tempat ku menumpang kasih... Terima ksih kerana sudi bermanja dengan aku...
Walau apapun terjadi kalian telah hadir dalam hidup aku dan aku teramat hargainya....
terima kasih semua...
-The Only ONE-
Monday, March 29, 2010
Malaysia Satu - Faizal Tahir
Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu,
Semangatku terus membara
Janji ku pada mu,
Harapanmu ingin ku laksanakan
"Lagu ni menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan pada 50 tahun akan datang, meninggalkan seribu kenangan pada semua terutama sekali Mr. Zack... Tgk gambar ni adalah kenangan tgh praktis lagu ni.. huhuhu..."
-The Only ONE-
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan
Genggaman tanganmu,
Semangatku terus membara
Janji ku pada mu,
Harapanmu ingin ku laksanakan
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan
Genggaman tanganmu,
Semangatku terus membara
Janji ku pada mu,
Harapanmu ingin ku laksanakan
Satu Malaysia,
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..
Genggaman tanganmu,
Semangatku terus membara
Janji ku pada mu,
Harapanmu ingin ku laksanakan
-The Only ONE-
Subscribe to:
Posts (Atom)


.png)