About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Friday, April 2, 2010

Nilai Kehidupan

Salam.... Malam ni aku ingin berkongsi cerita dengan semua kawan-kawan.. Nilai kehidupan, nilai nyawa yang tiada nilainya... Aku baru balik dari Hospital sultanah Aminah, Johor Bharu melawat Kamal di masukkan ke  wad icu hospital tersebut.  Bayangkan Isnin baru aku jumpa, tup2 rabu(31 Mac 2010) dia dah terlantar koma di ICU disebabkan kelalaian dan ketidak disiplinnya orang kita ketika memandu. Kelalaian tersebut telah mengakibatkan Kamal koma sehingga sekarang. Bila dah berlaku mcm ni, nyawa orang lain terancam, diri sendiri susah terpaksa menghadap muka pengadilan, tak pasal-pasal duit melayang dan silap hari bulan masuk ke penjara....

Ingatlah kawan-kawan, nyawa tidak boleh di ganti dengan wang ringgit, bayangkan la jika perkara yang sama terjadi pada ahli keluarga kita, apa yang kita rasa. Oleh itu ikutilah undang-undang jalanraya demi menjaga kesalamatan dan nyawa semua orang... dan ingatlah orang tersayang apabila nak buat sesuatu...

-The Only ONE-



2 comments:

  1. Salam nani...
    simpati atas kemalangan yg menimpa en kamal tu...nway semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t...E-na follow yer...

    ReplyDelete
  2. E-na, Tq atas simpati. sekarang dia dah sedar tapi perwatakan telah menjadi seperti budak kecil.. Masih belum stabil macam biasa...

    ReplyDelete