About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Friday, March 26, 2010

Sambutan 50 tahun KKLW

Salam semua kawan-kawan.... Dah lama aku x edit blog aku ni. Kerja membataskan masa aku sekarang.... Huhhuhu... Program Kementeran pun kami kena bantu dah jadi mcm program kami lak sekarang ni... huhuhuhu.... Kementerian oh Kementerian......

Ok lah sekarang Kementerian aku dah masuk tahun ke 51. Tapi sambutan Jubli emas 50 tahun KKLW baru di sambut pada 19 - 21 Mac 2010 baru ni... Baru je berlalu... Peh persiapan nyer dah buat dari tahun lepas akhirnyer berlangsung juga setelah 4 kali di tukar tempat iaitu "Dataran Kuala Lipis, kuala Lipis Pahang ( alaaaa.... tempat Ct Nurhaliza kawin hari tu...)

Perasmian nya telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, PM kita tu ler... Fuhhhhhh!!!!! lega sangat2 segalanyer berjalan lancar walaupun ada berlaku pergolakan setelah ada campurtangan orang yang x berkenaan.

Cubalah korang bayangkan... setelah penat beberapa hari raptai bersama MC, kena teguran dengan Menteri... perbaiki skrip MC mengikut kehendak Menteri, Siapkan teks MC sampai kul 5 pagi... tup--- tup... sampai masa hari jadi adalah sorang hamba Allah ni yang nak tunjuk kuasa telah menggantikan MC perempuan tu dengan orang lain... Cuba u all bayangkan, apa nak cakapkan pada MC yang telah berlatih penat lelah tetiba sampai masa hari jadi, direject bodoh-bodoh mcm tu je oleh pihak yang "BERKUASA".(konon nak tunjuk bagus la)..... Kerja sendiri x mau buat, keja orang lain pulak nak masuk campur..... Bengan kita orang...

Sian bos aku yang sorang ni pujuk si kakak yang kena reject tu sampai nangis2 (sbb dalam hati dia ada taman)... Apa lagi klu tidak jadi kes mahkamah dah... So apa lagi nak dijadikan citer, bila dah semua x mau mengalah terpaksalah si MC lelaki ni yang mengundur diri.... Selesailah masalah tu... Tapi kami mmg x puas hati lah pada minah yang suka sangat masuk campur dalam kerja orang lain. Suka sangat nak cari glamour. Kerja sendiri tak mau buat, tapi sibuk keja orang masuk campur..

Walau apapun kepada Team Event the Best, Sekalung Tahniah diatas segala kerja berat penat lelah dalam menjayakan maljis tersebut termasuklah MrZack dari KKLW. kita telah menjadi seperti satu keluarga. TQ kerana sudi bermesra dengan kami2 yang berada di bawah.... Buat My Big Bos En. Kamal Tq atas segala tunjuk ajar dan menjadikan kami berjiwa kental (kecuali Apis sbb dalam hati dia ada taman).... hehehehehehe jgn mare ye apis.... Semoga kita akan terus bersama selamanya.... PD the best Team...

-The Only ONE-