About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Friday, December 31, 2010

2010 dalam kenangan

Salam.... hari ni last bagi tahun 2010... dan hari ni barulah aku ada sedikit kudrat setelah 4 hari dilanda demam yang agak teruk.. demam bagi penutup tahun 2010... Alhamdulillah walaupun teruk demam ku itu tapi sekarang aku semakin sihat dengan sokongan insan-insan yang tersayang yang berada jauh dan dekat dari diri ku.... Yang jauh tetap dihati yang dekat bertambah erat.... Thanks pada Adik kerana datang melawat dan mendapatkan aku ubat... menunaikan permintaanku tuk makan Meehoon sup.... Thanks ADIK... akan akak ingat sampai bila2... Buat Abg dan insan2 yang mendoakan kesejahteraan ku disini dari jauh juga terima kasih ye... Jangan risau aku dah semakin sihat walaupun badan masih lagi lemah. tapi sekurang2nya aku sudah mampu bergerak sendiri..

Aku rasa tahun 2010 adalah tahun yang paling sibuk dalam diri aku dari awal tahun sehinggalah akhir tahun... program tak habis-habis sehinggalah aku terpaksa forwardkan program tersebut ke Tahun 2011... Adoiiii... keja-keja bilalah nak berkurangan..... Bak kata Syah " Akak ni dari bos ada di opis sampailah bos tukar, baru nampak muka di opis " tetapi hati aku kekadang rasa gembira sbb kehilangan aku di opis dirasai oleh jiran2 ku. huhuhuhu...

Sapalah bos baru aku tahun 2011 yang akan membuka lembaran baru.... Semoga bos baru, gaya baru dan aku dengan semangat yang baru.... Akan ku tinggalkan suka duka tahun 2010 dan memulakan lembaran baru tahun 2011 dengan semangat baru dan kesihatan yang bertambah baik....

Buat insan yang ku sayangi, semoga hidup kita akan dirahmati Allah..... Ku doakan kepada semua akan beroleh kejayaan pada tahun 2011. Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik.... Amin... Selamat tinggal tahun 2010...

~ The Only ONE ~

Kenapa Perlu memfitnah

Manusiakan tak pernah puas dengan hidupnya sehinggakan habis hidup orang lain difitnahnya... kalau dah terasa diri tu terancam kenapa mesti orang lain dipersalahkan.... Cuba lihat dan kaji diri tu, apa yang telah dilakukan... tak perlu nak meutup kekurangan diri sendiri dengan menftnah orang lain... akibatnya menampakkan kebodohan diri sendiri... Jangan ingat duk buat cerita macam2 orang lain tak tahu kebenarannya.... celiklah mata tu... bina lah hidup baru.... tak guna teruskan perangai macam tu.... janngan ingat pembohongan itu akan tersimpan selamanya....

~ The Only ONE ~