About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Saturday, February 27, 2010

BOTOL!!!!!!!!!!!!!!!

Ni sambungan daripada perkataan kapoci dan bingai.... iaitu BOTOL : BOdoh dan TOLol. Hai sekarang ni banyak tul istilah2 yang pelik2 macam ni yang mempunyai makna tersendiri..


So pada kawan-kawan aku, moral of story ialah belajar menjadi diri sendiri dan cubalah menjadi yang terbaik...

-THe Only One-

Kapoci & Bingai (Lampi)

Hari ni masa tengok TV aku telah belajar dua perkataan baru iaitu "KAPOCI DAN BINGAI).. Kawan-kawan nak tau dari mana aku dengar perkataan tu. Aku selalu tgk cerita di TV4 :KAu DAN AKU". dari situ aku tau perkataan2 ni.

KAPOCI  tu ialah Orang yang suka ambik tahu hal orang lain lebih tepat Orang yang Suka Jaga Tepi Kain Orang

Manakala

BINGAI ialah orang yang lambat menangkap sesuatu maksud atau pun lambat Pick-Up (LAMPI).

- The Only One -

Autograf


Malam ni disebabkan terlalu boring maka aku pun belek la kotak2 masa aku pindah dulu. Nak di jadikan cerita aku terjumpa la semula khazanah lama yang berharga iaitu "BUKU AUTOGRAF" masa aku sekolah tingkatan empat dulu di SMPS.

Huhuhuhu.... excited aku bila terjumpa buku tu.. apa lagi aku pun belek la apa yang kengkawan aku tulis dulu2 masa belajar... Tergelak sorang je bila aku baca buku autugraf tu..

Mcm2 nasihat yang ada dalam tu... Alhamdulillah sekurang-kurangnya nasihat kawan2 masa sekolah dulu menjadikan aku insan berguna sekarang ni... Alhamdulillah... Tq my friend.

Antara yang terkandung dalam buku tu :-

Cover kulit buku Autograf  Depan dan Belakang









Coretan dan creativiti kengkawan aku...

Hasil kreativiti Zam

hasil Kreativiti Erina


Hasil Creativiti Amie
 
Hasil Kreativiti Iza



- The only One -

Friday, February 26, 2010

Cuti Maulidur Rasul

Sehari hari ni aku berkurung dalam rumah.. Apa lah yg aku blh buat, bosan, sunyi... orang lain dalam rumah aku balik kg.. Aku malas nak balik tambahan pulak ongkosnya kurang.... huhuhuhu... tulahkan bahana gaji dapat awal...

Nak p tgk wayang semua member dah ada program sendiri... apa la yg aku blh buat... ngadap blog aku ni je la... tambah sikit2 penyerinya... Al-maklumlah baru belajar nak buat blog....

Rindunya kat anak aku yang dua orang tu.... tak ada depan mata sunyi tapi bila ada fuh!!!! x tahan ngan gelagat dia org. Dimana ada adiknya... disitulah dia ada menyempel.... Kuat sangat jelous dia pada adik dia...

Tapi kekadang aku rasa kesian gak pada si kakak, ye la asyik kena marah ngan semua orang bila duk kacau adiknya. Ye la tak kan nak marahkan si adik, adik bukan tahu apa2 pun... baru setahun 2 bulan maaaa... jalan pun terhuyung hayang lagi...

Cepat lah anak-anak mama balik... rindu niiiiiiiiii.... Ibu jangan balik kampung lama-lama sangat tau...

-The only One-

Thursday, February 25, 2010

Buat Renungan semua kawan-kawan..


Kata Emak,
KAWAN tu ibarat lebah
habis madu sepah dibuang....

Kata Abah, KAWAN tu umpama ros
dipandang cantik dipegang sakit....

Kata Atuk, KAWAN tu seperti air
terus mengalir....

Kata Nenek, KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....

Kate Sedare, KAWAN tu macam makanan
kawan makan kawan!

Kata Abang, KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata....

Kata Kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan....

Kata Adik, KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde....

Kata Aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner...
Walaupun IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !!!!!!!!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape?????????????

SEKALI AKU DAH KAWAN NGAN DIA
SELAMANYE DIA TETAP KAWAN AKU!!!!!!

Jadi hargailah kawan-kawan yang ada disekeliling kita... Jangan bila dah kehilangan dan kesunyian baru kita cari kawan yang telah kita tolak dahulu...

Nama Baru ku...

Kawan2 nak tau... Sejak aku lahir ni macam2 nama yang telah aku terima..... Haru biru betul..... Mak Ayah aku bagi nama aku cukup sedap.. tapi mesti ada yang akan tukarkan nama aku sesedap rasa dia orang je.... Last Nama yang aku dapat baru sekejap tadi "NORZILAILI"  huhuhuhu.. aku pun pelik... Rasanya dah betul aku cakap nama aku... tapi bila surat yang sampai pada aku nama baru.... Nasib baik akak Nora ni tau Surat tu untuk aku... Klu tidak mesti dia orang kata aku tak ambik tahu pun pasal surat yang dia orang hantar... Kang tang pasal2 aku kena marah ngan bos aku.... x mau aku.... Harap kita kena prihatin la tang nama orang2 ni...

Tuesday, February 23, 2010

Percubaan............

Permulaan aku berblog....A.W guru aku... Kelakar juga aku rasa... Ye lah tak berapa nak celik IT ni... Orang lain dah lama berblog, aku baru nak mencuba....hehehehee... Tq pada A.W coz sudi menjadi guru ku...