About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Monday, January 24, 2011

Tudung

Salam..... Pagi ni ada orang tegur aku dia kata "nampak leper jer tudung.. naper??"  entah aku rasa serabut je sejak potong rambut ni... Malam tadi dahla tak boleh nak tido... dah tido asyik terjaga je... pelik aku rasa kenapa... nak kata siang semalam aku tido lama tak la juga..... tak tahu nak kata lah... adoiiiiii........

~The Only ONE~


<

Sunday, January 23, 2011

Oh Bulan

Bila aku dengar lagu ni teringat masa zaman budak-budak dulu... best je kan... lagu2 rakyat ni di ajar di sekolah... Bila ingat sekolah aku rasa akulah paling nakal..... lasak.... tapi bermula zaman sekolah tu lah akhirnya aku jadi orang berguna seperti sekarang... Alhamdulillah berkat doa mak dan ayah aku....

~The Only ONE~



Awak kena faham

untuk awk

SaMbuT BesDay Boy n BesDay Girl 10 & 12 JanuarY 2011

12 Januari 2011 genap umur aku 35 tahun... Fuh!!!! dah makin meningkat umur aku tapi aku tetap rasa seperti umur 20an.... Perasan muda lah kununnya...hahahahaha... x pe yang penting hati aku tetap muda.... Besday aku sama ngan besday bos baru aku Pn. NM.... Tengahari tu kengkawan bahagian aku (erti kata lain PD) meraikan aku di Kedai nasi kandar di Desa Pinggiran... Tapi adoiiiiiiiiii servis lambat giler... dari kul 12 lbh kami sampai kul 130 baru nasi kami sampai itu pun setelah Shah mengamuk dan ambik sendiri nasi hidangan di meja kami... Apapun Terima kasih kawan-kawan En. Zainul, Shah, Apis, Gjul, K.p, Wani n Mas atas ingatan kalian...




Buat yang wish besday aku ucapkan terima kasih antaranya : " Happy Birthday. May God Bless u. Miss u Much - From Wawan. : Hapy birthday.... semoga ceria dismp keluarga tersyg... murah rezeki dan dpjgkan umur...amin..."- ayie. " SELAMAT HARI LAHIR. Smg ceria selalu". From Yus. " Hepi besday Nozi. Smoga sentiasa dilindungi Allah & menempuh kejayaan.. Insyaallah.. " -From Cik Anisah. "Hepi besday,pn...pn norizan,nozi,aishah...sama tarikh" from En. Lang. "Salam..hepi besday kak"-from unknow. "Kak, epi belated besday. Jgn sedey2 jgn benci2... Stay tough n be strong!" -From Aisyah.. "Slm.. Hepy besday Zie..Didoakan pjg umur murah rzki makin cun tmbh hebat dlm keje - From MZ.. "Selamat ari lahir. Moga Allah merahmati idup.. Moga dilimpah ruahkan rezeki dn diberi kesihatan yg baik. Miss u" -From Apam. Slm Z.. Hepy besday.. Didoakan pjgumur, murah rzki, sihat ceria, keja bgs2."From MZS. "Heppy besday sayang.." From DD.. "salam. heppy birthday to you dari kami sekeluarga." From wan dan Fizah..

Pada 15 Januari 2011 sekali lagi aku menyambut besday bersama anak kesayangan aku Haikal... Pagi tu p ambik dia kat rumah mak cik dia.. lama tul aku tak jumpa dia... tapi walau lama mana aku tak jumpa dia, dia tak penah lupakan nama aku.. Alhamdulillah... Hari ni aku sambut bersama Ibu n Papa sekali.... Tq my friend...



~The Only ONE~



Friday, January 7, 2011

~ CiNtA ~



Salam kawan-kawan... sempena tahun baru ni aku nak bercerita pasal cinta... sbb awal tahun macam ni juga la dulu aku putus cinta.... hahahahaha zaman belajarkan. macam-macam terjadi... Aku tahu semua orang pernah bercinta. paling kurang pun mesti sekali seumur hidup tu.... tapi aku??? hahahahaha berkali-kali.... huhuhu aku di tinggalkan.... Kenapa eeee.... entahlah mungkin sbb aku banyak sangat kelemahan..... tapi mana ada manusia yang sempurnakan..... tu lah namanya manusiakan....

CINTA semua orang pernah rasa perasaan tu kan...Bagaimana perasaan itu hadir dan boleh wujud dalam hati dan diri kita.... Perasaan ini hadir tanpa di paksa sebab ianya merupakan fitrah dalam hidup kita tanpa kita dapat menyangkal. CINTA menurut Kamus Dewan ialah berperasaan sangat sayang, berahi, cinta atau kasih kepada lelaki atau perempuan, negara, bangsa. CINTA menurut ISLAM ialah cinta merupakan nikmat teragung kurniaan ALLAH kepada makhluk yang bernama manusia. 

Ini adalah antara ciri-ciri orang yang menyintai atau menyayangi atau menyenangi kita :
1. Tiada alasan atau sebab kenapa dia menCINTAi kita
2. Dia tidak peduli sama ada kita sudah mempunyai kekasih yang penting
    kita bahagia dan tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang menCINTAi kita akan menerima kita seadanya.... di hati
    dan matanya kita selalu yang tercantik, baik dan yang indah-indah la
4. Dia akan selalu ingin tahu tentang apa yang kita lakukan sepanjang hari.
5. Hari-hari kita akan terima SMS seperti "Selamat Pagi", " Nite", "Awak
    bebaik ye" dan lain-lain walaupun kita tidak membalasnya
6. Dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat kepada kita
    sekiranya tidak dapat hadir di sesuatu majlis yang kita anjurkan
7. Dia akan selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kita
    kerana baginya sesuatu yang terjadi antara kamu berdua tidak akan
    berulang semula
8. Dia juga akan selalu ingat apa yang kita selalu katakan padanya
9. Dia akan belajar dan mencari sesuatu yang menjadi kegemaran kita
10. Dia akan ambik berat bila kamu tidak sihat dan akan selalu
      menanyakan kesihatan kita
11. Dia akan sentiasa memberikan semangat dan sokongan setiap apa
      yang kita lakukan
12. Dia akan memberi atau meminta sesuatu barang miliknya atau milik
      kamu kerana dia akan merasakan ianya sesuatu yang istimewa.
13. Dia akan terdiam seketika apabila kita sedang bercakap di telefon
      kerana merasa gugup kerana kita telah berjaya menggegarkan hati
      dan jantungnya.
14. Dia akan selalu ingin habiskan masa bersama kita
15. Dia akan sentiasa mengingatkan kita supaya berhati-hati apabila kita
      berada di sesuatu tempat supaya tidak terjadi sesuatu yang buruk
      pada kita
16. Di dalam dirinya takut akan kehilangan kita
17. Dia akan bertindak lebih seperti saudara daripada sifat seorang
      kekasih
18. Dia akan selalu buat perkarang yang di luar jangkaan kita iaitu kerap
      menelefon kita dalam masa sehari
19. Dia selalu merindui kita dan selalu membuat perkara yang bikin kepala
      kita pusing.. dan dia akan
      memohon maaf dan berjanji tidak akan buat lagi tanpa keizinan kita
20. Dia akan banyak bersabar dengan kerenah kita dalam
      mengajar sesuatu perkara
21. Di dalam Inboxnya nama kita akan menghiasi sebahagiannya kerana
      ia akan menjadi sesuatu yang berharga dan membahagiakan dirinya
22. Dia akan menjauhkan diri dari kita apabila kita menunjukkan reaksi
      yang kurang menyenangkan terhadapnya walaupun dia tahu itu 
      sesuatu yang akan menghancurkan hatinya
23. Dia akan sentiasa berada di samping kita diasaat kita perlukannya
      walaupun kita pernah menolaknya dahulu kerana dia tidak pernah
      membuang kita dari hatinya.
24. Dia tidak akan pernah memaksa kita memberikan sebab atau alasan
      dalam sesuatu perkara kerana dia tidak mahu kita terbeban dengan
      perangainya sedangkan perasaannya meronta ingin tahu

Oleh itu, pikir-pikirkan ye wahai kawan-kawan... nanti aku sambung lagi bab CINTA ni sebab ianya terlalu indah dalam kehidupan kita. Kerana CINTA orang sanggup lakukan apa saja... Waima membunuh diri.... Nauzubillah.... Wallahualam...

~The Only ONE ~