About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Saturday, June 19, 2010

Hadiah

Petang tadi selepas lawatan ke UMS dan 1 Borneo, aku sempat singgah di Pasar Philipine.. Jalan punya jalan sorang kawan aku tu duk khusyuk belek gelang tuk anak2nya. Apa lagi dia pun kata pilih la satu, sementara depan mata ni. Hahahahaha.. aku pun ambik la walaupun aku ndak berapa suka pakai gelang. Rejeki jangan di tolak bah.... hehehehehe. Disebabkan tangan aku kecik (Kecik ker..... kahkahkah), gelang tu di potong 2, so yang dua di potong tu di jadikan anting-anting... jadiklah sepasang anting-anting bersama gelang.... Lucu lak sebab telinga aku tidak bertindik pun sejak lahir. Simpan Buat kenangan je la anting-anting tu... Tq kawanku... nanti blh belanja lagi....

Cantikkan gelang ku ini.....

~ The Only ONE ~





Friday, June 18, 2010

Teknik Gambar

Apabila aku diterangkan teknik mengambil gambar, sangat seronok. banyak teknik yang di pelajari..
Gambar mula-mula lampu

Teknik lampu depan terang belakang blur


Teknik gambar depan blur dan belakang cerah

~ The Only ONE ~

Genting dan Melaka

Percutian yang x dijangka dan tanpa dirancang. mendaki puncak genting dengan sahabat lama yang datang. Tanpa dirancang. Sangat seronok bercuti walaupun satu malam. Menginap di genting theme park hotel.

Theme Park Hotel


Sekitar Taman Mainan Genting




Ceria di sekitar Genting


Di hadapan pintu masuk theme park

DAN
Bersempena perkahwinan Cik Armiyati Yurnis pada 29 Mei 2010, tanpa disangka penginapan dan percutian di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka, aku dan Mek Khu telah di taja oleh Kak Kay dari Perak. Apa lagi selepas majlis perkahwinan Armiyati, kami pun ke JJ tuk membeli pakaian kerana kami ke sana sehelai sepinggang.. huhuhuhu... Sabau je ler.... TQ kak Kay menaja Penginapan dan makan minum kami di PUTERI RESORT AYER KEROH MELAKA.


Di Lobi Hotel di Saat Mahu Mendaftar MAsuk Hotel


Night Zoo Ayer Keroh Melaka


Mesyusuri Sungai Melaka


Khu membawa aku ronda2 Melaka menaiki Beca


Membayar tambang beca... Sangat Mahal.. hahahahaha


~ The Only ONE ~

26 Mei 2010 & 29 Mei 2010

Wednesday, June 16, 2010

Hari Potensi Tabika 2010

Hari potensi tahun ni telah di adakan pada 11 - 15 Jun 2010 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak.. Sangat seronok sbb tahun ni melibatkan bakat seperti tarian, nasyid, tilawah dll. Aku paling suka tgk tarian. Peh memang bakat terpendam la... dasat2.. memang sungguh berbakat... Saingan sungguh sengit. Acara sisipan pun sungguh berjaya dilaksanakan... tak sangka mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama sekali pertandingan mewarna.

Tapi macam-macam perkara terjadi... HUhuhuhu First sekali terdapat gelaran "Gedik" pada sorang minah ni. Asyik mengimpit orang lelaki je. Klu lek lok bercakap k la juga ni x, siap ngan lenggok2 lagi. bila tiba time bertugas blur je... ish geram tul aku.. Tu satu hal, ni lagi satu bila function dah nak mula boleh lak sorang hamba Allah ni tukar keputusan list dalam dewan. Nak tak nak kita yang kuli ni terpaksa ikutlah keputusan baru dia... Bila lambat pergi.. terpaksalah kita lak yang kelam kabut. Dia tau nak semua berjalan dengan sempurna. Padahal semua perkara dan keputusan dia buat menyusahkan kita orang. Dan la malam tu tido kul 3 pagi di sebabkan dia gak buat 2 kali keputusan... geram tul.. Nape lah ada manusia yang mcm ni... huhuhuhu..
Hari kedua bertugas sebelum sesi post mortem

Awat la bos aku ni tercengang..

Pelepasan peserta Explorace oleh AKI

Saguhati tuk peseta Explorace

Anak aku yang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna

~ The Only ONE ~