About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Wednesday, March 31, 2010

RINDU

Bila malam telah melewati pagi, aku tetiba je rasa rindu... Rindu yang teramat sangat-sangat.....

Rindu pada mak dan ayah, maafkan anak mu ini yang dah lama x balik... x dapat p bercuti bersama kerana batasan kerja sekarang... Walaupun kita tidak serapat mana tapi kasih sayang yang mak dan ayah curahkan padaku tetap diingati sampai ke akhir hayatku ini... takkan dapat kubalas sampai bila-bila jasamu membesarkan aku sehingga menjadi orang berguna sekarang...

Rindu pada sahabat-sahabatku Khu, lin, Ar yang semakin jauh dan berpecah..Rindukan kemesraan mereka dahulu tapi kemesraan itu semakin hilang dari hari ke sehari.... adakah sebab sibuk kerja atau study?????????? kenapa semua itu terjadi?????????? kenapa kita tidak boleh seperti dulu... kenapa?????????? hati aku luluh, kecewa, hancur bila sahabat susah senang, perit perih, rahsiamu rahsiaku.. tapi akhirnyer berpisah, berpecah disebabkan kesilapan kita sendiri yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik.. disebabkan komunikasi, keegoan, kesilapan sendiri, tiada kepercayaan walaupun sudah lama bersama... Ya Allah kau ampunkan lah dosaku dan sahabat-sahabat ku... Kau satukan lah kami semula..

Rindu pada Team Futsal aku... Adakah keakraban kita akan berulang semula???? Susah senang kita hadapi bersama sehinggalah kita berjaya menjlang kejuaraan dan membawa naik nama Jabatan kita... Keperitan yang dihadapi akhirnya berbaloi.....

Rindu pada Insan-insan yang pernah hadir dalam hidup aku.... Maaf ku pinta sepajang kita berkenalan, aku ada membuat salah silap dengan sengaja atau pun tidak sengaja.... aku hanya manusia biasa.. terlalu banyak kelemahan dan membuat kesilapan pada kalian semua... Buat Along, Adeq mohon ribuan keampunan tidak dapat bersama-sama disaat along memerlukan seseorang bila menghadapi kesusahan dan masalah.. maafkan adeq abaikan along...

Rindu pada adik beradik ku. Buat adik beradik ku, k.ini, iji dan adik, kita ni nama je duduk dekat sekitar KL tapi kita cukup payah untuk berkumpul bersama.. Buat Along, Ateh dan k.yah yang dekat lagikan payah berjumpa inikan pula kalian yang berada di Johor dan Pahang. Apapun doa aku sentiasa mengiringi kehidupan kalian..

Rindu pada anak- anakku nana dan haikal dan anak buah ku, Alif, Wan, Man (anak k.ini), Asyraf, Naufal dan Zafran (anak k.yah), hanya kalian tempat ku menumpang kasih... Terima ksih kerana sudi bermanja dengan aku... 

Walau apapun terjadi kalian telah hadir dalam hidup aku dan aku teramat hargainya....
terima kasih semua...

-The Only ONE-

No comments:

Post a Comment