About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Thursday, March 4, 2010

REUNION

Aku telah buat reunion budak-budak ixora SMPS di rumah Yuzi hari tu. Masing-masing bawa makanan.. Nak suruh tuan rumah sediakan kesian yelah ibu mengandung... Mana lah larat nak masak tuk kami, nak jaga ank... huhuhu (Pada hal Yuzi memang malas masak) hehehehe... macam-macam makanan ada. Biju bawa Dominos Pizza, Shima bawa karipap ngan pulut panggang (lebih masa  panel hakim juara lagu), Rozita bawa Big Apple Donut, aku bawa donat ngan roti. Yang pasti tuan rumah jajan ngan kacang je paling simple.. huhuhuhu... Tapi yang penting meriah....

- The Only ONE-

My Besday

 Bila aku transfer gambar dari dalam hp rupanya ada gmbr masa ku sambut besday aku hari tu... tapi yang memeranjatkan aku ialah kek yang di beli oleh Ibu Farhana ngan Papa. Dia Orang tulis " SELAMAT HARI TUA" waaaaaaaaaaa.... tua sangat ke aku ni... huhuhuhu... Walau apapun TQ korang dah membuatkan hari aku ceria... TQTQTQTQTQTQ

-The Only ONE-

Gelagat Haikal...

Malam tadi Haikal tido ngan aku.. so sblm tido tu macam-macam gelagat yang dia buat... lucu pulak aku tgk.. penat seharian bekerja telah hilang bila melihat gelagat dia yang keletah. mcm-macam dibuatnya kat bilik aku tu... tapi dia sekarang kuat sangat merajuk. Agaknya boleh tahu dia nak dapat adik agaknya... Pantang lambat sikit buat susu, dukung terus berguling-guling... Kadang-kadang aku suka juga menyakat dia ni.... Hehehe saja lah nak tgk anak nangis dulu baru dukung.... Satu lagi tabiah Haikal ni bila nak tido mesti panjat badan kita... Dia suka tidor atas badan terutama sekali Ibu dia. Ngan Mama dia ni kurang gemar sikit sebab aku ni bila dia baring atas badan aku bukan ada isi pun nak berbanding ngan ibu dia yang memang "EMPUK" (ibu jangan mare aaaaaaa...)
                              Ni lah Gaya Haikal Bangun Tido Pagi tadi


NIlah Haikal Kalo tido  mesti nak ada orang sebelah dia

-The Only ONE-




Tuesday, March 2, 2010

MENATAP MATAMU

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

-The Only ONE-

Saturday, February 27, 2010

BOTOL!!!!!!!!!!!!!!!

Ni sambungan daripada perkataan kapoci dan bingai.... iaitu BOTOL : BOdoh dan TOLol. Hai sekarang ni banyak tul istilah2 yang pelik2 macam ni yang mempunyai makna tersendiri..


So pada kawan-kawan aku, moral of story ialah belajar menjadi diri sendiri dan cubalah menjadi yang terbaik...

-THe Only One-

Kapoci & Bingai (Lampi)

Hari ni masa tengok TV aku telah belajar dua perkataan baru iaitu "KAPOCI DAN BINGAI).. Kawan-kawan nak tau dari mana aku dengar perkataan tu. Aku selalu tgk cerita di TV4 :KAu DAN AKU". dari situ aku tau perkataan2 ni.

KAPOCI  tu ialah Orang yang suka ambik tahu hal orang lain lebih tepat Orang yang Suka Jaga Tepi Kain Orang

Manakala

BINGAI ialah orang yang lambat menangkap sesuatu maksud atau pun lambat Pick-Up (LAMPI).

- The Only One -

Autograf


Malam ni disebabkan terlalu boring maka aku pun belek la kotak2 masa aku pindah dulu. Nak di jadikan cerita aku terjumpa la semula khazanah lama yang berharga iaitu "BUKU AUTOGRAF" masa aku sekolah tingkatan empat dulu di SMPS.

Huhuhuhu.... excited aku bila terjumpa buku tu.. apa lagi aku pun belek la apa yang kengkawan aku tulis dulu2 masa belajar... Tergelak sorang je bila aku baca buku autugraf tu..

Mcm2 nasihat yang ada dalam tu... Alhamdulillah sekurang-kurangnya nasihat kawan2 masa sekolah dulu menjadikan aku insan berguna sekarang ni... Alhamdulillah... Tq my friend.

Antara yang terkandung dalam buku tu :-

Cover kulit buku Autograf  Depan dan Belakang









Coretan dan creativiti kengkawan aku...

Hasil kreativiti Zam

hasil Kreativiti Erina


Hasil Creativiti Amie
 
Hasil Kreativiti Iza



- The only One -