-The Only ONE-


Aku telah buat reunion budak-budak ixora SMPS di rumah Yuzi hari tu. Masing-masing bawa makanan.. Nak suruh tuan rumah sediakan kesian yelah ibu mengandung... Mana lah larat nak masak tuk kami, nak jaga ank... huhuhu (Pada hal Yuzi memang malas masak) hehehehe... macam-macam makanan ada. Biju bawa Dominos Pizza, Shima bawa karipap ngan pulut panggang (lebih masa panel hakim juara lagu), Rozita bawa Big Apple Donut, aku bawa donat ngan roti. Yang pasti tuan rumah jajan ngan kacang je paling simple.. huhuhuhu... Tapi yang penting meriah....
Bila aku transfer gambar dari dalam hp rupanya ada gmbr masa ku sambut besday aku hari tu... tapi yang memeranjatkan aku ialah kek yang di beli oleh Ibu Farhana ngan Papa. Dia Orang tulis " SELAMAT HARI TUA" waaaaaaaaaaa.... tua sangat ke aku ni... huhuhuhu... Walau apapun TQ korang dah membuatkan hari aku ceria... TQTQTQTQTQTQ
Malam tadi Haikal tido ngan aku.. so sblm tido tu macam-macam gelagat yang dia buat... lucu pulak aku tgk.. penat seharian bekerja telah hilang bila melihat gelagat dia yang keletah. mcm-macam dibuatnya kat bilik aku tu... tapi dia sekarang kuat sangat merajuk. Agaknya boleh tahu dia nak dapat adik agaknya... Pantang lambat sikit buat susu, dukung terus berguling-guling... Kadang-kadang aku suka juga menyakat dia ni.... Hehehe saja lah nak tgk anak nangis dulu baru dukung.... Satu lagi tabiah Haikal ni bila nak tido mesti panjat badan kita... Dia suka tidor atas badan terutama sekali Ibu dia. Ngan Mama dia ni kurang gemar sikit sebab aku ni bila dia baring atas badan aku bukan ada isi pun nak berbanding ngan ibu dia yang memang "EMPUK" (ibu jangan mare aaaaaaa...)
.png)