About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Monday, March 29, 2010

Bergumbira di Genting....



Bersarapan pagi di Kedai Pulut dan rendang kerbau masak hitam... Best.. Sebelum bertolak ke Puncak Genting....

 







Ni Badan Je dekat sini tapi fikiran dah pun melayang ke Puncak Genting. Tapi apakan daya masa ni tengah tunggu beberapa orang yang baru tiba habis makan. Sabo je ler.. Semua dah tunjuk muka bosannnn....
Sementara menunggu Penolong Guru Pengiring budak-budak nakal membeli tiket..


Peh gayat pun ada bila tiba time betul-betul menegak... tinggi berada di puncak la katakan...


Ni gaya masa Masuk rumah lanun... Ingatkan gempak... Peh... Tah apa-apa tah... bayangan lanun pun tak nampak. HAMPEH!!!!!!!!!!..

Gaya - gaya bebas sebelum Zali perut masuk ke dalam dan Hafis jantung tetinggal di atas..



Sapa yang tak ada masa Flying coster ni, mereka-mereka itu dah takut... huhuhuhu

Apapun Percutian ke puncak genting ini walaupun hanya beberapa jam tapi amat menyeronokkan. Buat semua team PD, you All The Best....

- The Only ONE-

Friday, March 26, 2010

Sambutan 50 tahun KKLW

Salam semua kawan-kawan.... Dah lama aku x edit blog aku ni. Kerja membataskan masa aku sekarang.... Huhhuhu... Program Kementeran pun kami kena bantu dah jadi mcm program kami lak sekarang ni... huhuhuhu.... Kementerian oh Kementerian......

Ok lah sekarang Kementerian aku dah masuk tahun ke 51. Tapi sambutan Jubli emas 50 tahun KKLW baru di sambut pada 19 - 21 Mac 2010 baru ni... Baru je berlalu... Peh persiapan nyer dah buat dari tahun lepas akhirnyer berlangsung juga setelah 4 kali di tukar tempat iaitu "Dataran Kuala Lipis, kuala Lipis Pahang ( alaaaa.... tempat Ct Nurhaliza kawin hari tu...)

Perasmian nya telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, PM kita tu ler... Fuhhhhhh!!!!! lega sangat2 segalanyer berjalan lancar walaupun ada berlaku pergolakan setelah ada campurtangan orang yang x berkenaan.

Cubalah korang bayangkan... setelah penat beberapa hari raptai bersama MC, kena teguran dengan Menteri... perbaiki skrip MC mengikut kehendak Menteri, Siapkan teks MC sampai kul 5 pagi... tup--- tup... sampai masa hari jadi adalah sorang hamba Allah ni yang nak tunjuk kuasa telah menggantikan MC perempuan tu dengan orang lain... Cuba u all bayangkan, apa nak cakapkan pada MC yang telah berlatih penat lelah tetiba sampai masa hari jadi, direject bodoh-bodoh mcm tu je oleh pihak yang "BERKUASA".(konon nak tunjuk bagus la)..... Kerja sendiri x mau buat, keja orang lain pulak nak masuk campur..... Bengan kita orang...

Sian bos aku yang sorang ni pujuk si kakak yang kena reject tu sampai nangis2 (sbb dalam hati dia ada taman)... Apa lagi klu tidak jadi kes mahkamah dah... So apa lagi nak dijadikan citer, bila dah semua x mau mengalah terpaksalah si MC lelaki ni yang mengundur diri.... Selesailah masalah tu... Tapi kami mmg x puas hati lah pada minah yang suka sangat masuk campur dalam kerja orang lain. Suka sangat nak cari glamour. Kerja sendiri tak mau buat, tapi sibuk keja orang masuk campur..

Walau apapun kepada Team Event the Best, Sekalung Tahniah diatas segala kerja berat penat lelah dalam menjayakan maljis tersebut termasuklah MrZack dari KKLW. kita telah menjadi seperti satu keluarga. TQ kerana sudi bermesra dengan kami2 yang berada di bawah.... Buat My Big Bos En. Kamal Tq atas segala tunjuk ajar dan menjadikan kami berjiwa kental (kecuali Apis sbb dalam hati dia ada taman).... hehehehehehe jgn mare ye apis.... Semoga kita akan terus bersama selamanya.... PD the best Team...

-The Only ONE-

Thursday, March 11, 2010

Manusia...

Aku cukup x faham... Rasa Geram.... Marah.... Menyampah... semua ada.. Kenapa manusia x puas-puas dengan apa yang dia ada sehingga hak orang lain juga ingin di rampas... Pulak tu siap datang rumah p hasut sapa yang ada kat rumah tu... Eh.. manusia jenis apa ni??????????? berpura-pura... Dia tak terpikir ke masa depan Anak tu.............. Ish... Ish... Ish.. Kata Sayang tapi macam apa jeeeeeeeeeeee.............. Mama Rindu Haikal....

-The Only ONE-

Thursday, March 4, 2010

REUNION

Aku telah buat reunion budak-budak ixora SMPS di rumah Yuzi hari tu. Masing-masing bawa makanan.. Nak suruh tuan rumah sediakan kesian yelah ibu mengandung... Mana lah larat nak masak tuk kami, nak jaga ank... huhuhu (Pada hal Yuzi memang malas masak) hehehehe... macam-macam makanan ada. Biju bawa Dominos Pizza, Shima bawa karipap ngan pulut panggang (lebih masa  panel hakim juara lagu), Rozita bawa Big Apple Donut, aku bawa donat ngan roti. Yang pasti tuan rumah jajan ngan kacang je paling simple.. huhuhuhu... Tapi yang penting meriah....

- The Only ONE-

My Besday

 Bila aku transfer gambar dari dalam hp rupanya ada gmbr masa ku sambut besday aku hari tu... tapi yang memeranjatkan aku ialah kek yang di beli oleh Ibu Farhana ngan Papa. Dia Orang tulis " SELAMAT HARI TUA" waaaaaaaaaaa.... tua sangat ke aku ni... huhuhuhu... Walau apapun TQ korang dah membuatkan hari aku ceria... TQTQTQTQTQTQ

-The Only ONE-

Gelagat Haikal...

Malam tadi Haikal tido ngan aku.. so sblm tido tu macam-macam gelagat yang dia buat... lucu pulak aku tgk.. penat seharian bekerja telah hilang bila melihat gelagat dia yang keletah. mcm-macam dibuatnya kat bilik aku tu... tapi dia sekarang kuat sangat merajuk. Agaknya boleh tahu dia nak dapat adik agaknya... Pantang lambat sikit buat susu, dukung terus berguling-guling... Kadang-kadang aku suka juga menyakat dia ni.... Hehehe saja lah nak tgk anak nangis dulu baru dukung.... Satu lagi tabiah Haikal ni bila nak tido mesti panjat badan kita... Dia suka tidor atas badan terutama sekali Ibu dia. Ngan Mama dia ni kurang gemar sikit sebab aku ni bila dia baring atas badan aku bukan ada isi pun nak berbanding ngan ibu dia yang memang "EMPUK" (ibu jangan mare aaaaaaa...)
                              Ni lah Gaya Haikal Bangun Tido Pagi tadi


NIlah Haikal Kalo tido  mesti nak ada orang sebelah dia

-The Only ONE-




Tuesday, March 2, 2010

MENATAP MATAMU

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

-The Only ONE-