About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Friday, December 31, 2010

2010 dalam kenangan

Salam.... hari ni last bagi tahun 2010... dan hari ni barulah aku ada sedikit kudrat setelah 4 hari dilanda demam yang agak teruk.. demam bagi penutup tahun 2010... Alhamdulillah walaupun teruk demam ku itu tapi sekarang aku semakin sihat dengan sokongan insan-insan yang tersayang yang berada jauh dan dekat dari diri ku.... Yang jauh tetap dihati yang dekat bertambah erat.... Thanks pada Adik kerana datang melawat dan mendapatkan aku ubat... menunaikan permintaanku tuk makan Meehoon sup.... Thanks ADIK... akan akak ingat sampai bila2... Buat Abg dan insan2 yang mendoakan kesejahteraan ku disini dari jauh juga terima kasih ye... Jangan risau aku dah semakin sihat walaupun badan masih lagi lemah. tapi sekurang2nya aku sudah mampu bergerak sendiri..

Aku rasa tahun 2010 adalah tahun yang paling sibuk dalam diri aku dari awal tahun sehinggalah akhir tahun... program tak habis-habis sehinggalah aku terpaksa forwardkan program tersebut ke Tahun 2011... Adoiiii... keja-keja bilalah nak berkurangan..... Bak kata Syah " Akak ni dari bos ada di opis sampailah bos tukar, baru nampak muka di opis " tetapi hati aku kekadang rasa gembira sbb kehilangan aku di opis dirasai oleh jiran2 ku. huhuhuhu...

Sapalah bos baru aku tahun 2011 yang akan membuka lembaran baru.... Semoga bos baru, gaya baru dan aku dengan semangat yang baru.... Akan ku tinggalkan suka duka tahun 2010 dan memulakan lembaran baru tahun 2011 dengan semangat baru dan kesihatan yang bertambah baik....

Buat insan yang ku sayangi, semoga hidup kita akan dirahmati Allah..... Ku doakan kepada semua akan beroleh kejayaan pada tahun 2011. Semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik.... Amin... Selamat tinggal tahun 2010...

~ The Only ONE ~

Kenapa Perlu memfitnah

Manusiakan tak pernah puas dengan hidupnya sehinggakan habis hidup orang lain difitnahnya... kalau dah terasa diri tu terancam kenapa mesti orang lain dipersalahkan.... Cuba lihat dan kaji diri tu, apa yang telah dilakukan... tak perlu nak meutup kekurangan diri sendiri dengan menftnah orang lain... akibatnya menampakkan kebodohan diri sendiri... Jangan ingat duk buat cerita macam2 orang lain tak tahu kebenarannya.... celiklah mata tu... bina lah hidup baru.... tak guna teruskan perangai macam tu.... janngan ingat pembohongan itu akan tersimpan selamanya....

~ The Only ONE ~

Thursday, November 11, 2010

Pertandingan Perahu Panjang 10.10.10

Pasuka Wanita :
Tarikh 10.10.10 merupakan tarikh keramat bagi kami team KEMAS Warrior.. sbb hari ini kami menyertai pertandingan perahu panjang anjuran UKM. Aku tanpa training, terus masuk bertanding kerana tugas di pejabat membataskan pergerakan aku... Pertandingan saringan dimulakan pada jam 9.20 pg.. dan kami telah mendapat tempat ke dua... Fuh bertambah semangat team aku... So final pada pukul 11.40 pg.... turun dengan semangat yg berkobar2... tapi.. tutttttttt bila masa pertandingan rupa2nya kami mendayung bukan 500 meter. rupanya 1500 meter.. fuh.... masa tengah pertandingan kami di tempat ke dua. tapi apabila sampai di pertengahan, Ya Allah aku dah terasa perahu semakin berat... rupanya ramai yang telah pancit... dan kami telah mendapat di kedudukan tempat pertama dari belakang... hehehehehe...(tempat keempat) sbb hanya empat pasukan aje yg masuk bertanding... Adoiiiiiiiii frust ada tapi SYABAS tuk team aku, walau pun penat tapi semua berpuas hati.. Yang penting semangat bekerjasama dalam pasukan.... SYABAS...

Im Back

Salam semua... cukup lama aku tak menulis dalam blog aku ni... Macam-macam perkara yang membataskan aku untuk mencoret rasa. tersa rindu untuk menulis... terlalu banyak yang berlaku suka duka dalam tempoh aku tidak menulis ini. Aku tulis satu persatu rentetan peristiwa yang terjadi pada diri aku sepanjang aku menyepikan diri ini... Buat U all, miss u n terima kasih atas sokongan yang diberikan...

~ The Only ONE ~

Thursday, October 14, 2010

Tersisih, terpinggir

Dah lama aku tak menulis dalam blog aku. tapi hari ini terasa teringin menulis apa yang aku rasa hari ni. Aku rasa macam x di perlukan,tersisih...

~ The Only ONE ~

Tuesday, September 7, 2010