About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Saturday, May 1, 2010

Kekalutan

Hari ni mula pendaftaran kursus Implimentasi Portal 3P tuk usahawan BEK. Tapi berlaku miss comuniation sepatutnya peserta membawa laptop tapi apakan daya laptop tak bawa dan di sini tiada kemudahan Wifi. Payah juga nak buat.. Harap-harap semua berjalan lancar...

-The Only ONE-

Friday, April 30, 2010

Putrajaya ~ Kepala Batas ~ Bayan Lepas ~ Putrajaya

Hari ni, trip perjalanan aku ke Kepala Batas, Pulau Pinang tuk hadiri kursus Implimentasi Portal 3P. Kursus bermula esok 1 - 3 Mei 2010 di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dah lama aku x jejakkan kaki ke Pulau Pinang tu. Ish, rasa rindu lak... Pulau Pinang tunggu kedatanganku....

-The Only ENE-

Wednesday, April 28, 2010

Pening... Terumbang ambing je...

Ni la bahana klu kurang tido... huhuhu.. malam tadi duk edit blog ngan member di Kuantan yang ajarkan... leka sampai kul 4 lebih.. akibatnya bangun tido pening.. Tak biasa tido lewat ni la jadiknya... Lalok.... tak biasa jangan la buat lain kali.. Tapi apapun aku puas hati coz blog aku dah berwajah baru.. Tq My Pren sudi editkan blog aku sekali.. hehehehehe

~ The Only ONE ~

Tuesday, April 27, 2010

JELAJAH PAHANG 2010 (23-26 APRIL 2010)

Salam semua Kawan kawan... Dah lama aku tak edit blog aku... Hari ni baru ada kesempatan nak berblog semula.... Semalam adalah hari sejarah dalam hidup aku... huhuhu...tak sangka aku mampu berkayuh basikal dari Jerantut ke Kampung Kuala Sentul, Maran... Pehhhhhhhh tanpa semagat dan sokongan dari rakan-rakan kemas dan TUDM aku rasa aku tak mampu habiskan pengayuhan tu kerana kadang kala semangat aku dah luntur. 

Hari ni pun kesan masih ada, kaki aku sebelah kanan masih sakit dan x blh berjalan elok. Member Opis pun dah cakap Mcm orang dalam pantang padahal aku berpantang pun tak pernah.. hehehehehe... Buat Semua Kawan-kawan, terima kasih dan mengenali kalian adalah kenangan manis bagi ku... buat-buat abg n adik-adik TUDM thank atas sokongan kalian hingga aku berjaya keakhir penamat..

 Di Stesen bas Pekeliling untuk ke Temerloh

Lepak di Kedai hadapan Kg Mengkarak kerana kami orang pertama yang sampai

Nenek Angkat kami ni Kg. Mengkarak

Majlis Penyerahan Bendara oleh Waki YB.Ahli Parlimen Bera kepada Pengarah KEMAS Pahang

Tiba di Kampung Sanggang dari Bera. Bergambar bersama JKKK kg Sanggang, KEMAS dan TUDM

Peserta dari Sanggang ke Kerdau

Sebelum bertolak hari kedua dari Temerloh ke Jerantut

Ratu dan Raja trak... huhuhu

Setiba di PKM Jerantut pada hari kedua berkayuh bersama team TUDM

Bersama orang kuat TUDM, team TUDM n JPA 3 sebelum bertolak dari Jerantut ke Maran

Pelepasan dari Jerantut ke Maran

Sambutan ketibaan kami di Kuala sentul Maran..

-The Only ONE-






Saturday, April 10, 2010

Fuh!!!!!!!!!!!!!!! lega...

Fuh lega exam aku dah habis... Alhamdulillah... Tinggal tunggu result je... Pada kawan baru yana tq bagim pinjamkan kain sembahyang... harap-harap kita sama2 akan berjaya... Tapi On The Way pagi tadi x sangka lak jem jalan masuk... peh ramai giler yang nak ambik exam sama ngan aku... Nasib baik aku kuar awal....Pada awalnya dalam hati aku macam berat je nak pergi tapi bila pikir balik banyak harapan orang disekeliling aku... so tak mau menghampakan mereka aku pergi juga dengan semangatnya....

Parking kete punya la jauh, dah la pagi ni hujan.. adoiiiii terpaksa menapak untuk ke dewan A. Sampai kat Dewan peh ramainya hamba Allah..... Bila jam dah menunjukkan kul 9 pagi, calon-alan masih lagi tidak masuk dewan lagi... Bila di pikir semula macam tak faham lak aku, dah biasa buat exam tapi pengurusan tetap lambat.... huhuhuhu... ntah la... ada kesilapan teknikal kot... terpaksa delay exam ke kul 9.40 pagi... bila dah mula lambat, akibatnya waktu makan kami dah berkurangan 30 minit... jawabnya terpaksalah menahan perut yang dah menyanyi lagu rock.. aku pagi pun makan karipap ngan cucur badak je...

-The Only ONE-

Balik Pahang

- The Only ONE-


Friday, April 9, 2010

Exam

Salam... dah lama aku tak tulis dalam blog aku... Masa yang terhad, badan dah terlalu penat.. apa lagi balik keja tido je la... kekadang tak makan pun... tido lagi best sbb setiap masa tu adalah amat berharga....

Esok aku ada exam tuk jwtn 41. ishhhh mm mana la kan.. aku dah lama x exam ni... last aku exam pun tah tahun bila.. aku sendiri pun x ingat.. bila dah kerja, asyik buat kursus dan exam tuk orang je.... huhuhuhu..

Doakan aku berjaya ye kawan2.... apa yang aku nak jawab aku pun x tau... nak study x sempat. kat opis terlalu bz sampaikan makan pun x menentu... hari ni lunch kul 3.30. huh... dasat tul apa boleh buat ada kerja urgent yang nak kena buat, satu bahagian kelam kabut. Bila Dato' dah turun, alamat semua terdiam daripada riuh2 tadi.... Fuh lega bila dah siap.. 

Exam oh exam... kenapalah kena ambik exam lak sekarang ni... adoiiiiiiiiii.... poning ooooooooooo.... Tembak je la... tak pun yang objekif tu aku baling dadu... hahahaha.. teringat zaman sekolah dulu-dulu, bila nak exam sampai sanggup tak tido malam... bekerja keras la konon.. tapi apa pun x boleh. tu la suka sangat study last minit...

Aku rindu zaman-zaman sekolah dulu... 2 all my friend, nanti bila masing-masing free kita berjumpa dan kumpul semula semuanya...

Adios amigos...

-The Only ONE-