About Me

My photo
Aku tak kacau hidup orang... Jangan Kacau hidup aku...

Sunday, May 16, 2010

Buat SEMUA

Kadang-kadang ALLAH Sembunyikan matahari...
Dia Datangkan Petir dan Kilat...
Kita nangis dan BerTanya ke mana ilangnya Sinar????????
Rupa-rupanya ALLAH nak Hadiahkan Kita Pelangi...;-D

Teman...
Ingatlah....
Walaupun dugaan yang kita hadapi adalah berbeza,
Tetapi kita datang dari arah yang sama...

Mungkin Allah sengaja mahu  kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul... kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut....

Meskipun Kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan, tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.

~ The Only ONE ~

Buat Semua yang bernama Teman

Di Dalam Kerendahan HATI,
Ada Ketinggian BUDI,
Di Dalam Kemiskinan HARTA,
Ada Kekayaan JIWA,
Di Dalam Gurau senda
Ada Khilaf dan DOSa,
Jika Kesilapan Semalam Belum  Terampun,
MAAFLAH...
Jika Kesilapan hari ini menyakitkan,
Harap LUPAKAN,
Jika Kesilapan esok mendatang,
Jangan dibawa ke AKHIRAT...
Kita semua hanya manusia biasa


~ The Only ONE ~

Buat Insan yang mengerti




Pejam CELIK pEjam celik....
Dah LAMA x Jumpe...
PeJam CeLiK Dah 30 Hari BeRlalU..
MaKiN Di PejaM CeLiK,
MaKiN Banyak SaLah dan Dosa..
SeMenTaRa MaSiH CeLiK...
BanyaK-BaNyaK LaH BuAt PaHaLa..
SebeLuM PeJaM TaK CeLiK-CeLiK HaRap MaaFKan DiRi ini..

Nelayan Berteduh Di Pulau Serasa,
Berteduh Ribut Menyisir Rambut,
Sebak Dan Pilu Tak Lagi Terasa,
Jiwa Terlampau Sayu Terhambat...

~ The  Only ONE ~


SENYUM


Senyum Seindah Suria..
Yang Membawa Cahaya..
Senyumlah dari Hatimu
Duniakan Berseri..
Senyum...
Kepada Semua...
Senyum Sikit Dear...
Hari ini akan ceria seceria Senyuman dibibir yang lahir dari hati yang tenang...
Wajah akan Lebih Manis Menambahkan Ketampanan Wajah ini...
Cikgu TABIKA Kata, Kita Kena Senyum Selalu 
Biarpun kita berada berseorangan di Dalam Bilik Kita..
Nak Senyum Jangan Cover-Cover...
Senyum Je...
Cuma Jangan Sampai Orang Kata Wayar tercabut sudahlah..
Itu Bahaya Namanya..
So SENYUM.....

The Only ONE -

Sahabat














Biar RENGGANG Di Fana DUNIA...

Biar HINA di mata manusia..

Biar SEMANGAT semakin Tua..

Biar HARTA semakin Tiada...

Biar AKAL Semakin Berusia..

Biar JAUH Kedudukan Kita..

Biar JURANG pangkat Kita..

Jangan Tergadai Silaturrahim antara kita...

~The Only ONE ~

Wednesday, May 12, 2010

Makanan Asasi aku

Sukanya aku bila dapat makan makanan asasi aku masa duduk di kelantan dulu...Etok, bahulu panas, akok, mee kari dan nasi kerabu di kelantan.. fuh... sedapnya. dah lama aku tak makan mcm ni...

 Mee Kari @ KB Mall

Akok dan Bahulu Pandan Panas-panas yang baru di masak

 Etok

 Nasi Kerabu..

Sudah lama aku tak jejakkan kaki di kelantan. Banyaknya perubahan di sana.. blh sesat aku klu mcm ni. Kelantan sudah membangun sekarang ni....Tak puas bercuti di sana. rasa sekejap aje aku berada di sana...

-The Only ONE-

Salah Siapa????

3 Mei 2010, aku dah habis kursus di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang. So disebabkan driver tak ada, terpaksalah aku balik ngan Bas. Nak jadikan citer pas p makan, kawan aku ni tpn la kaunter tiket bas, so bas adalah kul 5.30 katanya ke Kajang. So tempah la 1.... Bila sampai kaunter ambik tiket n bayar je.. Silap aku gak, tiket tu x tengok pun ke mana destinasinya.... Bila dah sampai masa, naik n tido. penat kursus sampai 3 pagi baru tido... hari2. apa lagi pulun ar tido dalam bas. bas berhenti pun sayang nak buka mata... huhuhu.. Setiap waktu itu amat berharga..

Dalam kul 9 lebih sampai ke Jalan Duta. Aku pun buat x tahu je la...Sambung tido semula..tup... tup.... bila aku celik tido, aku jadi pelik... Lain mcm je jalan ni. mcm nak tuju ke Shah alam Je.. jeng3... bila bas berhenti kat stesen bas shah alam aku tanya la brother tu... hohoho... dup dap dup dap jantung aku berbunyi... rasa mcm geram, tul la tekaan aku, bas tu ke Kelang... apa lagi ambik barang turun la kat Shah Alam tu... Termenung jap aku pkir... macam mana nak balik ni... dah dkt kul 12 mlm.. huhuhuhu. nak naik teksi tak berani malam-malam bahaya lg pun kawan aku dah pesan jangan naik teksi, klu x ada pilihan tpn dia semula di Penang dan dia akan suruh kawan dia hantar saya balik.. Sorang lak tu.. Tpn member aku MZ x tahu jalan ke situ... Last pilihan aku tpn adik aku.. Nasib baik adik ipar aku kerja siang. Klu tidak haru juga aku masa tu.. Sian adik aku, dia dah tido.. tapi dah tak ada pilihan sbb  soknya (4.5.2010) aku nak ke Sabah lak.. tu yang kena balik gak rumah tukar baju..

Sementara aku tunggu adik aku datang, tepon la kawan aku HO, apa yg best ayat dia " nanti dah reda marah call saya" hahaha rupanya dia takut kena tempias marah aku.. huhuhu. HO jgn risau saya x akn marah awak... hehehehe. Bukan salah awak...

-The Only ONE-