Sukanya aku bila dapat makan makanan asasi aku masa duduk di kelantan dulu...Etok, bahulu panas, akok, mee kari dan nasi kerabu di kelantan.. fuh... sedapnya. dah lama aku tak makan mcm ni...
Mee Kari @ KB Mall
Akok dan Bahulu Pandan Panas-panas yang baru di masak
Etok
Nasi Kerabu..
Sudah lama aku tak jejakkan kaki di kelantan. Banyaknya perubahan di sana.. blh sesat aku klu mcm ni. Kelantan sudah membangun sekarang ni....Tak puas bercuti di sana. rasa sekejap aje aku berada di sana...
3 Mei 2010, aku dah habis kursus di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang. So disebabkan driver tak ada, terpaksalah aku balik ngan Bas. Nak jadikan citer pas p makan, kawan aku ni tpn la kaunter tiket bas, so bas adalah kul 5.30 katanya ke Kajang. So tempah la 1.... Bila sampai kaunter ambik tiket n bayar je.. Silap aku gak, tiket tu x tengok pun ke mana destinasinya.... Bila dah sampai masa, naik n tido. penat kursus sampai 3 pagi baru tido... hari2. apa lagi pulun ar tido dalam bas. bas berhenti pun sayang nak buka mata... huhuhu.. Setiap waktu itu amat berharga..
Dalam kul 9 lebih sampai ke Jalan Duta. Aku pun buat x tahu je la...Sambung tido semula..tup... tup.... bila aku celik tido, aku jadi pelik... Lain mcm je jalan ni. mcm nak tuju ke Shah alam Je.. jeng3... bila bas berhenti kat stesen bas shah alam aku tanya la brother tu... hohoho... dup dap dup dap jantung aku berbunyi... rasa mcm geram, tul la tekaan aku, bas tu ke Kelang... apa lagi ambik barang turun la kat Shah Alam tu... Termenung jap aku pkir... macam mana nak balik ni... dah dkt kul 12 mlm.. huhuhuhu. nak naik teksi tak berani malam-malam bahaya lg pun kawan aku dah pesan jangan naik teksi, klu x ada pilihan tpn dia semula di Penang dan dia akan suruh kawan dia hantar saya balik.. Sorang lak tu.. Tpn member aku MZ x tahu jalan ke situ... Last pilihan aku tpn adik aku.. Nasib baik adik ipar aku kerja siang. Klu tidak haru juga aku masa tu.. Sian adik aku, dia dah tido.. tapi dah tak ada pilihan sbb soknya (4.5.2010) aku nak ke Sabah lak.. tu yang kena balik gak rumah tukar baju..
Sementara aku tunggu adik aku datang, tepon la kawan aku HO, apa yg best ayat dia " nanti dah reda marah call saya" hahaha rupanya dia takut kena tempias marah aku.. huhuhu. HO jgn risau saya x akn marah awak... hehehehe. Bukan salah awak...
Hari ni mula pendaftaran kursus Implimentasi Portal 3P tuk usahawan BEK. Tapi berlaku miss comuniation sepatutnya peserta membawa laptop tapi apakan daya laptop tak bawa dan di sini tiada kemudahan Wifi. Payah juga nak buat.. Harap-harap semua berjalan lancar...
Hari ni, trip perjalanan aku ke Kepala Batas, Pulau Pinang tuk hadiri kursus Implimentasi Portal 3P. Kursus bermula esok 1 - 3 Mei 2010 di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dah lama aku x jejakkan kaki ke Pulau Pinang tu. Ish, rasa rindu lak... Pulau Pinang tunggu kedatanganku....
Ni la bahana klu kurang tido... huhuhu.. malam tadi duk edit blog ngan member di Kuantan yang ajarkan... leka sampai kul 4 lebih.. akibatnya bangun tido pening.. Tak biasa tido lewat ni la jadiknya... Lalok.... tak biasa jangan la buat lain kali.. Tapi apapun aku puas hati coz blog aku dah berwajah baru.. Tq My Pren sudi editkan blog aku sekali.. hehehehehe
Salam semua Kawan kawan... Dah lama aku tak edit blog aku... Hari ni baru ada kesempatan nak berblog semula.... Semalam adalah hari sejarah dalam hidup aku... huhuhu...tak sangka aku mampu berkayuh basikal dari Jerantut ke Kampung Kuala Sentul, Maran... Pehhhhhhhh tanpa semagat dan sokongan dari rakan-rakan kemas dan TUDM aku rasa aku tak mampu habiskan pengayuhan tu kerana kadang kala semangat aku dah luntur.
Hari ni pun kesan masih ada, kaki aku sebelah kanan masih sakit dan x blh berjalan elok. Member Opis pun dah cakap Mcm orang dalam pantang padahal aku berpantang pun tak pernah.. hehehehehe... Buat Semua Kawan-kawan, terima kasih dan mengenali kalian adalah kenangan manis bagi ku... buat-buat abg n adik-adik TUDM thank atas sokongan kalian hingga aku berjaya keakhir penamat..
Di Stesen bas Pekeliling untuk ke Temerloh
Lepak di Kedai hadapan Kg Mengkarak kerana kami orang pertama yang sampai
Nenek Angkat kami ni Kg. Mengkarak
Majlis Penyerahan Bendara oleh Waki YB.Ahli Parlimen Bera kepada Pengarah KEMAS Pahang
Tiba di Kampung Sanggang dari Bera. Bergambar bersama JKKK kg Sanggang, KEMAS dan TUDM
Peserta dari Sanggang ke Kerdau
Sebelum bertolak hari kedua dari Temerloh ke Jerantut
Ratu dan Raja trak... huhuhu
Setiba di PKM Jerantut pada hari kedua berkayuh bersama team TUDM
Bersama orang kuat TUDM, team TUDM n JPA 3 sebelum bertolak dari Jerantut ke Maran