Salam kawan-kawan... sempena tahun baru ni aku nak bercerita pasal cinta... sbb awal tahun macam ni juga la dulu aku putus cinta.... hahahahaha zaman belajarkan. macam-macam terjadi... Aku tahu semua orang pernah bercinta. paling kurang pun mesti sekali seumur hidup tu.... tapi aku??? hahahahaha berkali-kali.... huhuhu aku di tinggalkan.... Kenapa eeee.... entahlah mungkin sbb aku banyak sangat kelemahan..... tapi mana ada manusia yang sempurnakan..... tu lah namanya manusiakan....
CINTA semua orang pernah rasa perasaan tu kan...Bagaimana perasaan itu hadir dan boleh wujud dalam hati dan diri kita.... Perasaan ini hadir tanpa di paksa sebab ianya merupakan fitrah dalam hidup kita tanpa kita dapat menyangkal. CINTA menurut Kamus Dewan ialah berperasaan sangat sayang, berahi, cinta atau kasih kepada lelaki atau perempuan, negara, bangsa. CINTA menurut ISLAM ialah cinta merupakan nikmat teragung kurniaan ALLAH kepada makhluk yang bernama manusia.
Ini adalah antara ciri-ciri orang yang menyintai atau menyayangi atau menyenangi kita :
1. Tiada alasan atau sebab kenapa dia menCINTAi kita
2. Dia tidak peduli sama ada kita sudah mempunyai kekasih yang penting
kita bahagia dan tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang menCINTAi kita akan menerima kita seadanya.... di hati
dan matanya kita selalu yang tercantik, baik dan yang indah-indah la
4. Dia akan selalu ingin tahu tentang apa yang kita lakukan sepanjang hari.
5. Hari-hari kita akan terima SMS seperti "Selamat Pagi", " Nite", "Awak
bebaik ye" dan lain-lain walaupun kita tidak membalasnya
6. Dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat kepada kita
sekiranya tidak dapat hadir di sesuatu majlis yang kita anjurkan
7. Dia akan selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersama kita
kerana baginya sesuatu yang terjadi antara kamu berdua tidak akan
berulang semula
8. Dia juga akan selalu ingat apa yang kita selalu katakan padanya
9. Dia akan belajar dan mencari sesuatu yang menjadi kegemaran kita
10. Dia akan ambik berat bila kamu tidak sihat dan akan selalu
menanyakan kesihatan kita
yang kita lakukan
12. Dia akan memberi atau meminta sesuatu barang miliknya atau milik
kamu kerana dia akan merasakan ianya sesuatu yang istimewa.
13. Dia akan terdiam seketika apabila kita sedang bercakap di telefon
kerana merasa gugup kerana kita telah berjaya menggegarkan hati
dan jantungnya.
14. Dia akan selalu ingin habiskan masa bersama kita
15. Dia akan sentiasa mengingatkan kita supaya berhati-hati apabila kita
berada di sesuatu tempat supaya tidak terjadi sesuatu yang buruk
pada kita
16. Di dalam dirinya takut akan kehilangan kita
17. Dia akan bertindak lebih seperti saudara daripada sifat seorang
kekasih
18. Dia akan selalu buat perkarang yang di luar jangkaan kita iaitu kerap
menelefon kita dalam masa sehari
19. Dia selalu merindui kita dan selalu membuat perkara yang bikin kepala
kita pusing.. dan dia akan
memohon maaf dan berjanji tidak akan buat lagi tanpa keizinan kita
20. Dia akan banyak bersabar dengan kerenah kita dalam
mengajar sesuatu perkara
21. Di dalam Inboxnya nama kita akan menghiasi sebahagiannya kerana
ia akan menjadi sesuatu yang berharga dan membahagiakan dirinya
22. Dia akan menjauhkan diri dari kita apabila kita menunjukkan reaksi
yang kurang menyenangkan terhadapnya walaupun dia tahu itu
sesuatu yang akan menghancurkan hatinya
23. Dia akan sentiasa berada di samping kita diasaat kita perlukannya
walaupun kita pernah menolaknya dahulu kerana dia tidak pernah
membuang kita dari hatinya.
24. Dia tidak akan pernah memaksa kita memberikan sebab atau alasan
dalam sesuatu perkara kerana dia tidak mahu kita terbeban dengan
perangainya sedangkan perasaannya meronta ingin tahu
Oleh itu, pikir-pikirkan ye wahai kawan-kawan... nanti aku sambung lagi bab CINTA ni sebab ianya terlalu indah dalam kehidupan kita. Kerana CINTA orang sanggup lakukan apa saja... Waima membunuh diri.... Nauzubillah.... Wallahualam...
~The Only ONE ~